Ciri-ciri Kura-kura duri

Kura-kura duri adalah tergolong dalam kumpulan haiwan yang dikenali sebagai kura-kura, yang merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang, kelas reptilia. Tubuh kura-kura duri dilindungi oleh kerangka khas yang terbentuk dari rusuk mereka. Kesemua kura-kura, sama ada yang masih hidup atau telahpun pupus merupakan dari susunan Chelonia, termasuk super susunan Testudines.

Bentuk cangkerangnya yang berduri berfungsi sebagai penghalang daripada sebarang pemangsa seperti ular.[6] Begitulah haiwan ini mendapat nama. Bagaimanapun, lama-kelamaan duri ini akan menghilang dengan peningkatan usia.[7] Jadi cangkerang kura-kura dewasa lebih licin berbanding kura-kura yang muda. Karapasnya berwarna coklat dan terdapat jaluran lunas ditengah-tengah karapas yang berwarna pucat. Manakala kepala dan hujung kaki-kakinya berwarna kelabu-coklat.[8] Plastronnya terdapat garisan-garisan gelap radial pada setiap skutanya.[9]

Profil kura-kura duriDuri pada sekeliling karapas dan plastron

Rujukan

WikiPedia: Kura-kura duri http://www.arkive.org/species/GES/reptiles/Heosemy... http://www.arbec.com.my/crocodilesturtles/bataguri... http://www.ecologyasia.com/verts/turtles/spiny_ter... http://www.turtlepuddle.org/exotics/H_spinosa.html http://nlbif.eti.uva.nl/bis/turtles.php?selected=b... http://www.tortoisereserve.org/About/Asian_Turt_Bo... http://www.knoxville-zoo.org/documents/wildwonders... http://www.eaza.net/turtle/download/EN49_p6_10.pdf https://books.google.com.my/books?id=101FAQAAIAAJ&... https://www.google.com/search?q=%22Kura-kura+Matah...